Sunday, September 20, 2015

Kertas cadangan untuk Koloquium Siswazah UUM pada 30 April 2015

Kertas cadangan untuk Koloquium Siswazah UUM pada 30 April 2015

Politik Tanah Melayu 1945-1957: maklumat risikan British


1       Pengenalan

Kajian perisikan di Malaysia masih lagi dianggap asing dan kurang mendapat perhatian, tidak dinafikan walau pun ada kajian yang dibuat tetapi tidak menyeluruh, misalnya Leon Comber[i] menulis tentang perisikan atau Special Branch (SB) dalam masa Darurat. Begitu juga dengan buku Azaharudin Mohamed Dali, Sejarah Perisikan di Malaysia[ii]. Diharapkan tesis ini dapat memberi sumbangan kepada  pensejarahan Malaysia.
            Maklumat risikan British yang dimaksudkan ialah maklumat yang diperolehi dari perisik British iaitu Cawangan Khas (Special Branch) dan pegawai British di Pejabat Kolonial terutamanya Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Dalam mentadbir Tanah Melayu pada 2 September 1945 iaitu selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, British memainkan peranan penting dalam soal perisikan. Banyak laporan yang ditulis semasa pemerintahan mereka yang terdapat di The National Archives, London kini dibuka kepada orang ramai untuk dikaji terutamanya pada tahun 2012.
            File atau dokumen di The National Archives, London ini banyak memuatkan laporan perisikan berhubung segenap aspek kehidupan rakyat Tanah Melayu sekitar tahun 1945 hingga 1957. Ini meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. File terbaharu yang dibuka khusus mengenai politik ialah pada 18 April 2012 iaitu FCO 141/7306 Monthly Political Intelligence Reports yang bermula pada 1 Jan 1953 dan berakhir pada 31 Dec 1957. File ini sudah saya perolehi semasa ke London pada 16 Julai 2014. Ianya merupakan savingram dari  The High Commissioner Federation of Malaya kepada The Secretary of State for the Colonies.
            File lain yang berkaitan dengan politik ialah CO 1035/6 Problems of Intelligence, Organisation in the Federation of Malaya in connection with constitutional development 1 Jan 1955 – 31 Dec 1957, WO 203/4497 Malaya: intelligence 1945 Oct.-1946 Mar., WO 208/3217 Intelligence reports on political and military situation. 1943 Feb.-1948 Aug., CO 1022/51 Organization and functions of the Federation Intelligence Service in Malaya 1951-1952 (61 halaman), CO 1022/52 Provision of personnel for counter intelligence work in Malaya. 1953-1954, CO 1022/176 Aims and activities of the Malayan Chinese Association (MCA); evidence of increasing anti-British feeling among Malayan Chinese. 1951-1953, CO 1022/183 Constitution and functions of the "United Malays National Organisation" (UMNO). 1951-1953. CO 1022/186 Activities of the Malayan Indian Congress. 1951-1952, CO 1022/187 Functions and activities of the Malayan Communist Party (MCP). 1951-1953, CO 1022/189 Petition to the Queen by the Peninsular Malays Union (PMU). 1952-1953, CO 1022/190 The Malayan Nationalist Party, Party Kebangsaan Malaya an exclusively Malay party. 1952, CO 1022/191 Movements towards inter-communal political alliances of parties. 1953, CO 1022/195 Indications of the formation of a Third Force Party in opposition to Communism. 1952, CO 1022/196 Activities of Malayan Forum. 1951-1953, CO 1022/198 Activities of the Kuomintang Party in the Federation of Malaya and Singapore. 1951-1952 dan banyak lagi file berkaitan.
            File yang berkaitan dengan ekonomi, antaranya ialah CO 1022/21 Effect of the Emergency on the mining industry in Malaya: monthly reports on casualties and damage. 1952-1953, CO 1022/71 Rubber replanting schemes in Malaya. 1952-1953 dan file lain yang berkaitan.
            Manakala file yang berkaitan dengan sosial, antaranya ialah CO 1022/29 Resettlement of squatters into the New Villagers in Malaya. 1951-1953, CO 1022/31 Medical and Health services in the new villages, Malaya. 1952-1953, CO 1022/32 Education in the new villages, Malaya. 1952-1953, CO 1022/93 Agricultural development in the Federation of Malaya. 1952. dan banyak lagi file berkaitan.
            Memandangkan bahawa tumpuan kajian ini adalah mengenai politik, perbincangan akan ditumpukan kepada laporan pegawai British tentang Malayan Union, semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terutamanya tindak tanduk PAS, UMNO dan golongan sosialis, semasa Darurat 1948-1957 dan semasa tuntutan kemerdekaan 1957.

2       Pernyataan Masalah

            Satu persoalan yang perlu dikaji dengan mendalam ialah mengapakah British begitu prihatin dan serious dengan politik Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Ekoran daripada itu walaupun imej imperialist British jelas tercalar, mengapa mereka balik semula memerintah Tanah Melayu. Sejauhmana pula factor keselamatan dan ekonomi? Apakah unik dan istimewanya organisasi perisikan British ini?. Siapakah tokoh-tokoh yang berperanan dalam soal modus operandi khususnya Cawangan Khas sehingga berjaya membenteras komunis, begitu juga dengan isu perlembangan Persekutuan Tanah Melayu, soal perkauman dan Kemerdekaan?.           
Dalam membincangkan perjalanan politik Tanah Melayu antara tahun 1945 hingga 1957, ada ruang yang masih boleh dikaji. Dalam hal yang berkaitan dengan Malayan Union, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Darurat 1948-1957 dan tuntutan kemerdekaan 1957, laporan dan pandangan dari pegawai British masih tidak banyak disentuh.
            Ada beberapa isu yang akan cuba dihuraikan. Apakah pandangan perisik British terhadap:
1. Pembentukan Malayan Union.
2. Penentang-penentang Malayan Union.
3. Tindak tanduk parti politik iaitu UMNO, PAS dan golongan sosialis semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4. Kegiatan komunis dan golongan kiri semasa Darurat sepanjang tahun 1948 hingga 1957.
5. Tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

3       Tujuan Kajian

Kajian ini menumpukan kepada laporan perisikan British di Tanah Melayu dari  tahun  1945-1957 iaitu selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat peranan dan operasi perisikan British berdasarkan dokumen yang diperolehi dari The National Archives, London dalam menjaga keselamatan Tanah Melayu dari keadaan kucar kacir akibat tinggalan perang.
            Dengan itu, tesis ini akan:
·         Mengkaji latar belakang dan perkembangan perisikan British di Tanah Melayu antara tahun 1945 hingga 1957.

·         Meneliti peranan perisikan dalam kes-kes kecemasan di Tanah Melayu yang berlaku antara tahun 1945 hingga 1957.

·         Menganalisis masalah perisikan yang dihadapi oleh British selepas Perang Dunia Kedua dan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Matlamat ini akan dicapai dengan meneliti dan membongkar dokumen berkaitan perisikan British di Tanah Melayu yang tersimpan di The National Archives (TNA), Kew, England. Tumpuan akan dihadkan kepadan tahun 1945 hingga 1957.
Tumpuan utama penelitian adalah keatas dokumen yang terdapat di TNA khususnya file yang baharu sahaja dipindahkan dari Hanslope Park pada tahun 2012. Berikut adalah petikan laporan dari akhbar The Guardian bertarikh 18 April 2012:

The papers at Hanslope Park include monthly intelligence reports on the "elimination" of the colonial authority's enemies in 1950s Malaya.

However, among the documents are a handful which show that many of the most sensitive papers from Britain's late colonial era were not hidden away, but simply destroyed. These papers give the instructions for systematic destruction issued in 1961 after Iain Macleod, secretary of state for the colonies, directed that post-independence governments should not get any material that "might embarrass Her Majesty's government", that could "embarrass members of the police, military forces, public servants or others eg police informers", that might compromise intelligence sources, or that might "be used unethically by ministers in the successor government".

Among the documents that appear to have been destroyed were: reports that may have detailed the alleged massacre of 24 unarmed villagers in Malaya by soldiers of the Scots Guards in 1948.


Kajian dan penelitian yang dilakukan keatas dokumen yang diperolehi dari The National Archives, Kew, England terutamanya FCO 141 dapat membongkar operasi perisikan British di Tanah Melayu 1945-1957. Operasi perisikan ini meliputi semua aspek kehidupan rakyat Tanah Melayu khususnya politik, ekonomi dan social. Bagaimanapun, tumpuan kajian adalah keatas operasi perisikan semasa Tanah Melayu diletakkan dibawah Undang-undang Darurat dan menghadapai Malayan Union.
Dokumen FCO 141 yang diperolehi dengan jelas mengariskan kegiatan perisikan British dalam menghapuskan subservif komunis. Menghapus ini di ambil dari akhbar The Guardian yang menggunakan istilah ‘eliminate’.

4    Skop Kajian

Skop  kajian  ini  menumpukan  kepada  laporan perisikan yang terdapat dalam file mulai tahun 1945 hingga 1957.
Pemilihan tahun 1945 ialah kerana ianya tahun selepas Perang Dunia Kedua manakala 1957 ialah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.




[i] Comber, L.  (2008), Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.

[ii] Azaharudin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Perisikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


5     Kajian Lepas

Dua buah tulisan yang dihasilkan oleh Richard J. Aldrich iaitu Britain's Secret Intelligence Service in Asia during the Second World War[i] dan Policing the Past: Official History, Secrecy and British Intelligence since 1945[ii] adalah sesuai untuk dijadikan titik tolak bagi melihat sejarah perisikan di Tanah Melayu sebelum memperluaskan kepada skop masa kajian iaitu tahun 1945. Aldrich menyentuh tentang peranan dan kegiatan British Secret Intelligence Service atau kependekannya SIS semasa perang ini. Untuk mendapat gambaran secara menyeluruh mengenai peranan pegawai British semasa Perang Dunia Kedua, tulisan dalam F. H. Hinsley dan rakan-rakan[iii] amat berguna.
Selepas Jepun menyerah kalah pada September 1945 dan kembalinya kuasa penjajah British ke Tanah Melayu operasi perisikan adalah menjadi tanggung jawab Perkhidmatan Keselamatan Malaya (Malayan Security Service – MSS) yang telah menggabungkan fungsi pra-perang Cawangan Khas Malaya dan Singapura (Malayan and Singapore Special Branches).
Dalam kata pengantar buku L. Comber, Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency,  Anthony Short  menjelaskan iaitu pada tahun 1950, General Briggs telah menghasilkan pelan induk yang mana hal ehwal tentera, polis dan awam digabungkan dan perisikan mulai diletakkan sebagai paling penting[iv].
Perisikan British yang berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1945 hingga 1957 menentukan hala tuju dan dasar keselamatan Tanah Melayu dan diteruskan selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sarjana yang menulis tentang perisikan British semasa pergolakan politik di Tanah Melayu sekitar 1945 hingga 1957, tidak memaparkan laporan perisikan secara terperinci. Dalam tulisan beliau, Azaharudin Mohamed Dali[v] yang menulis khusus tentang Sejarah Perisikan di Malaysia, lebih banyak membincangkan perisikan British semasa Perang Dunia Kedua. Dua bab yang berkaitan dengan jangka masa kaitan iaiitu Cawangan Khas dan Lee Meng dan Lai Teck dalam dunia perisikan di Tanah Melayu hanya berdasarkan sumber pendua.
            Empat buah tulisan Leon Comber yang menulis berkaitan perisikan ialah The Malayan Security Service (1945-1948)[vi], The Malayan Special Branch on the Malayan-Thai Frontier during the Malayan Emergency (1948-60)[vii], Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency[viii] dan The Origins of the Cold War in Southeast Asia: the case of the Communist Party of Malaya (1948-1960) - a Special Branch Perspective[ix]. Keempat-empat tulisan ini ditulis antara tahun 2003 dan 2009 sememangnya banyak menggunakan sumber dari The National Archives, London. Bagaimanapun, sumber yang dirujuk beliau hanya terhad kepada file yang boleh dibuka sehingga tahun 2009. File-file yang dibuka selepas itu terutamanya pada tahun 2012 masih dapat mengisi kekosongan yang terdapat dalam kajian beliau terutamanya berhubung dengan politik terutama parti-parti politik.
Karl Hack menulis dua artikel berhubung dengan perisikan iaitu British Intelligence and Counter-Insurgency in the Era of Decolonisation: The Example of Malaya[x] dan Corpses, Prisoners of War and Documents: British and Communist Narratives of the Malayan Emergency, and the Dynamics of Intelligence Transformation[xi] jelas menyatakan yang beliau membincangkan mengenai perisikan British tetapi terhad kepada komunis.
            Park Bum-joon Lee yang menulis tesis kedoktoran bertajuk The British Experience of Counterinsurgency in Malaya: the Emergency, 1948-1960[xii] juga menggunakan sumber perisikan British cumanya file yang dirujuk hanya kepada setakat tahun 1965 iaitu tahun tesisnya diterima.
            Mahmud Embong dalam tesis PhD-nya bertajuk Perkembangan Rejimen ke-10 Melayu, Parti Komunis Malaya dari 1949 hingga 1989[xiii] ada juga menggunakan sumber perisikan berupa file khususnya keluaran War Office (WO). Selain itu, beliau juga berjaya mendapatkan file dari simpanan kerajaan Malaysia yang dianggap sulit dan tidak dibuka kepada orang ramai untuk dijadikan rujukan.
            Dalam membicarakan wanita dalam Parti Komunis Malaya, dua makalah Mahani Musa[xiv] dengan tajuk yang sama tetapi diterbitkan di dua majalah berlaian menggunakan sumber PRO 27 330 dan CO 1022 manakala Mahani Awang[xv] yang menulis mengenai perkara sama, juga menggunakan sumber arkib yang sama dengan Mahani Musa. Bagaimana pun, file yang saya perolehi iaitu CO 1035/7 Periodic Report of the Malayan Holding Centre pada 18 Julai 2014 dari the National Archives, London, yang tidak dirujuk oleh Mahani Musa dan Mahani Awang.
Untuk mendapatkan gambaran secara umum berhubung perisikan British, Hopkins dan Aldrich telah menulis tentang  Intelligence, Defence and Diplomacy British Policy in the Post-War World[xvi].
            Manakala untuk mendapatkan gambaran umum tentang dasar British, tulisan Oong Hak Ching[xvii] boleh dijadikan panduan asas. Tulisan oleh A.J. Stockwell (1982[xviii], 1984[xix] dan 2008[xx]) juga membincangkan dasar British secara umum dan kaitannya dengan Darurat 1948. Buku Pfaltzgraff bertajuk Intelligence policy and national security[xxi] boleh dijadikan asas untuk memahami mengenai perisikan secara umum dan kaitannya dengan keselamatan nasional.
            Pelbagai lagi tulisan yang berkait dengan perisik British dan dasar British di Tanah Melayu yang akan disentuh secara mendalam dalam Bab 1.




[i] Aldrich, Richard J. 1998. “Britain's Secret Intelligence Service in Asia during the Second World War”. Modern Asian Studies. Vol. 32, No. 1, (Feb., 1998), pp. 179-217.
[ii] Aldrich, Richard J. 2004. “Policing the Past: Official History, Secrecy and British Intelligence since 1945”. English Historical Review. Vol. CXIX No. 483 (Sept. 2004), pp. 922-953.
[iii] Hinsley, F. H. et al. 1979. British Intelligence in the Second World War: Its Influence on Strategy and Operation. Vol. 1. London: HMSO.

[iv] Comber, L. Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency.
[v] Azaharudin Mohamed Dali. Sejarah Perisikan di Malaysia.
[vi] Comber, Leon. 2003. "The Malayan Security Service (1945-1948)." Intelligence and National Security 18, no. 3 (Autumn 2003): 128-153.

[vii] Comber, Leon.  2006. "The Malayan Special Branch on the Malayan-Thai Frontier during the Malayan Emergency (1948-60)." Intelligence and National Security. Vol. 21, No. 1 (Feb. 2006), pp. 77-99.

[viii] Comber, Leon.  2008. Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.
[ix] Comber, Leon.  2009. The Origins of the Cold War in Southeast Asia: the case of the Communist Party of Malaya (1948-1960) - a Special Branch Perspective. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies. Vol. 27 Issue 1/2, 2009, pp. 39-60.
[x] Hack, Karl. "British Intelligence and Counter-Insurgency in the Era of Decolonisation: The Example of Malaya." Intelligence and National Security 14, no. 2 (Summer 1999): 124-155.

[xi] Hack, Karl. "Corpses, Prisoners of War and Documents: British and Communist Narratives of the Malayan Emergency, and the Dynamics of Intelligence Transformation." Intelligence and National Security, 14, no. 4 (Winter 1999): 211-241.

[xii] Park Bum-joon Lee. 1965. The British experience of counterinsurgency in Malaya: the emergency, 1948-1960. Thesis (Ph.D.) -- American University.
[xiii] Mahmud Embong, 2009. Perkembangan Rejimen ke-10 Melayu, Parti Komunis Malaya dari 1949 hingga 1989. Tesis Ph.D Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[xiv] Mahani Musa. 2013. Women in the Malayan Communist Party, 1942–89. Journal of Southeast Asian Studies. Volume 44, Issue 02 (June 2013), pp. 226-249 dan Mahani Awang, 2014. Women and Warfare in Malaysia and Singapore, 1941-89., Chapters on Asia. Issue 1 (April 2014). pp. 206-230.
[xv] Mahani Awang, 2010. Women and Warfare in Malaysia and Singapore, 1941-89. BiblioAsia. Vol. 6, Issue 1 (April 2010), pp. 12-18.
[xvi] Hopkins, M.F and R.J. Aldrich. 1991. Intelligence, defence and diplomacy British policy in the post-war world. London: Frank Cass.

[xvii] Oong Hak Ching. 1990. Kerjasama British dengan Parti Komunis Malaya dan Kuomintang: kesan-kesannya terhadap dasar-dasar British di Tanah Melayu (1941-45). Jebat. 18, pp. 129-144.
[xviii] Stockwell, A.J. 1982. “The White Man's Burden and Brown Humanity: Colonialism and Ethnicity in British Malaya”. Asian Journal of Social Science. Volume 10, Issue 1, pages 44 – 68.
[xix] Stockwell, A.J. 1984. British imperial policy and decolonization in Malaya, 1942–52, The Journal of Imperial and Commonwealth History, Volume 13, Issue 1.

[xx] Stockwell, A.J. 2008. “A widespread and longconcocted plot to overthrow government in Malaya'? the origins of the Malayan emergency”. The Journal of Imperial and Commonwealth HistoryVolume 21, Issue 3, pages 66 – 88.

[xxi] Pfaltzgraff, R.L. 1981. Intelligence policy and national security. London: Macmillan.



6    Skop Kajian

Skop  kajian  ini  menumpukan  kepada  laporan perisikan yang terdapat dalam file mulai tahun 1945 hingga 1957.
Pemilihan tahun 1945 ialah kerana ianya tahun selepas Perang Dunia Kedua manakala 1957 ialah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

7    Metodologi Kajian
Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif yang menumpukan sepenuhnya kepada kajian penggunaan dokumen sejarah di arkib dalam negara dan luar negara serta di beberapa buah perpustakaan universiti tempatan. Tumpuan utama kajian ini adalah menggunakan rekod rasmi kerajaan British yang merupakan sumber utama (primer) dalam kajian ini antaranya rekod Pejabat Luar dan Komenwel (FCO), Pejabat Luar (FO), Pejabat Kolonial British (CO), Pejabat  Perang  (WO),  dan Pejabat Dominion (DO).
Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kajian luar yang melibatkan penyelidikan di The National Archives (TNA) Kew, England, Arkib Negara Malaysia, dan  Perpustakaan Tun Sri Lanang. Pengkaji turut menggunakan kaedah menggunakan kajian secara internet untuk mencari dan mendapatkan dokumen yang boleh dimuat turun daripada beberapa arkib. Kajian internet ini banyak membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat tentang tajuk yang sedang dikaji terutamanya latar belakang perisikan, organisasi dan sebagainya. Selepas itu proses tafsiran dan analisis dokumen dilakukan dengan tujuan mendapatkan fakta-fakta sejarah yang tepat dan reliable bagi menulis bab dalam tesis.
Kajian ini terdiri daripada tiga fasa penyelidikan, peringkat pertama adalah penyediaan kertas cadangan bagi menulis tesis ini. Perbincangan dilakukan bersama penyelia dan diminta supaya mengesan seberapa banyak dokumen yang terdapat di The National Archives (TNA) Kew, England di samping membuat pembacaan ke atas sumber sekunder yang meliputi tahun 1945-1957 bagi mendapatkan maklumat tentang isu yang berkaitan dengan perisikan British di Tanah Melayu.
Selain itu, penyelia juga meminta pengkaji membuat kajian dan pembacaan terhadap sumber sekunder yang terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan  Malaysia.  Hasil  daripada  usaha  tersebut,  pengkaji  telah  dapat pengetahuan awal berkenaan dengan perisikan British dan politik di Tanah Melayu. Pengkaji juga berusaha untuk membuat rujukan seberapa banyak sumber sekunder bagi mendapatkan maklumat tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh para akademik dan pengkaji sejarah tentang perisikan dan politik di Tanah Melayu. Sumber sekunder ini banyak membantu pengkaji dalam membuat penilaian dan menentukan skop kajian yang telah dibuat kajian ataupun memfokuskan skop kajian yang baru.
Fasa kedua adalah proses pengumpulan sumber primer berbentuk rekod dan dokumen yang terdapat di dalam Arkib Negara Malaysia dan The National Archives, perpustakaan  universiti  tempatan  dan  sebagainya  mengenai  sejarah  perisikan dan politik di Tanah Melayu antara tahun 1945-1957. Kajian ini akan menumpukan penelitian ke atas rekod-rekod primer seperti rekod-rekod Persekutuan dari tahun 1945-1957. Di Arkib Negara Malaysia terdapat beberapa dokumen penting British dalam bentuk mikro filem dan bercetak. Di samping itu terdapat dokumen penting British berbentuk CD-ROM Archive iaitu Asia: Official British Documents, 1945-1965 yang disusun oleh Michael Kandiah, Gillian Staerck, Sumio Hatano, Wang Gungwu, Antony Best dan John Salford[xxiv] di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain usaha mengumpul dokumen yang terdapat di dalam negara, pengkaji juga telah diminta oleh penyelia supaya mendapatkan  pengalaman  menyelidik  di  luar  negara  terutamanya  di  TheNational Archives, England. Pengkaji telah mengambil keputusan untuk pergi ke London bagi mendapatkan dokumen British yang dianggap penting dan terkini bagi melengkapkan penulisan topik-topik seterusnya. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan selama empat hari di The National Archives, England dari 15 hingga 18 Julai 2014.
Hasil penyelidikan di London di mana pengkaji berjaya merujuk dan mengumpul  sejumlah  557 halaman file  yang  berkaitan  dengan   tajuk  tesis  yang dicadangkan. Kebanyakan fail yang dirujuk dalam tempoh empat hari adalah berkaitan dengan topik dalam bab-bab yang digariskan iaitu FCO 141/7306 Monthly Political Intelligence Reports (245 hal), CO 1035/6 Problems of Intelligence, Organisation in the Federation of Malaya in connection with constitutional development (78 hal), CO 1035/7 Periodic Report of the Malayan Holding Centre (112 hal), FCO 141/7234 Defence Treaty (46 hal),  FCO 141/7269 Malayan Representation in Thailand (Bangkok Songkhla) 35 hal, FCO 141/7270 Constitutional Revision  (Malaya) – London Talk Fail (16 hal) dan CO 1035/20 Egyptian Influence in  Colonies           (25 hal).

Kajian luar negara yang dilakukan oleh pengkaji dapat melengkapkan bahan rujukan yang diperlukan dalam kajian ini. Dokumen yang diperoleh daripada The National Archives di Kew, England telah banyak membantu pengkaji dalam menjelaskan kedudukan perisikan dan politik di Tanah Melayu  dan  implikasinya keatas polisi perisikan dan keselamatan Tanah Melayu selepas merdeka. Usaha untuk mengesan dokumen tersebut dianggap penting di luar negara kerana ia bertujuan untuk menghasilkan satu penyelidikan sejarah yang bersifat menyeluruh dan mempunyai tahap reliability yang tinggi. Pada peringkat ini data yang diperoleh dalam negara dan luar negara akan dikumpulkan sebelum dilakukan proses kritikan sumber yang melibatkan pentafsiran ke atas dokumen berkenaan. Dokumen yang telah dikenal pasti akan melalui proses tafsiran dan analisis setiap isi kandungan dokumen melalui proses kritikan sumber yang terdapat dalam ilmu sejarah. Fakta-fakta sejarah yang terhasil akan dapat digunakan untuk menjelaskan gambaran sebenar operasi perisikan British di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Fasa ketiga adalah proses menulis bab dalam tesis di mana pengkaji perlu memberi  lebih  banyak  ditumpukan  kepada  aspek  meneliti  setiap  dokumen  yang dirujuk oleh pengkaji. Ini kerana dokumen yang dirujuk adalah pelbagai jenis sama ada dalam bentuk primer (masih asli) atau pun sudah dipindah dalam bentuk digital. Pengkaji perlu membaca dan menyusun dokumen mengikut tema yang dibincangkan dan tarikh dokumen tersebut. Keadaan dokumen yang masih asal menyukarkan pengkaji untuk membaca serta menganalisis dokumen tersebut menyebabkan pengkaji memerlukan kesabaran dalam mengkaji dokumen. Terdapat sesetengah dokumen yang dirujuk masih lagi berkeadaan baik dan terdapat juga dokumen yang telah kabur serta tidak boleh dibaca.

8    Pembahagian Bab
Bab 1 meliputi pengenalan, latar belakang perisikan British dengan melihat kepada perkembangan di United Kingdom dan Malaysia (Tanah Melayu semasa period kajian), sejarah kemunculan, Takrif, Organisasi dan Fungsi. Modus operandi perisikan di Tanah Melayu. Ini meliputi carta organisasi di United Kingdom dan di Tanah Melayu, pegawai pemerintah dan personal yang terlibat dalam membuat dan menentukan polisi perisikan, cara perisikan, corak perisikan, Piawai Prosedur Operasi (Standard Operation Procedure – SOP) perisikan.
Bab 2 Maklumat risikan British sebelum pengistiharan Malayan Union.
Bab 3 Maklumat risikan British selepas pengistiharan Malayan Union.
Bab 4 Maklumat risikan British semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terutamanya tindak tanduk PAS, UMNO dan golongan sosialis. Turut dibincangkan peranan S.I.F.E (Security Intelligence Far East) keatas komuniti India dan Parti Komunis India.
Bab 5 Maklumat risikan British semasa Darurat.
Bab 6 Maklumat risikan British semasa tuntutan kemerdekaan 1957.
Bab 7 menyimpulkan tentang maklumat politik risikan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Operasi perisikan ini berterusan selepas Malaysia merdeka

9    Kepentingan Kajian

  1. Ini merupakan julung-julung kalinya kajian mendalam mengenai maklumat risikan British ditulis. Belum ada sarjana yang meneliti secara mendalam apa tah lagi menggunakan dokumen dari The National Archives (TNA), Kew, England.
  2. Kajian mengenai perisikan British ini akan membantu pihak keselamatan (pentadbir, polis dan tentera) untuk menambah baik polisi keselamatan dan perisikan sedia ada.

10    Kesimpulan
Operasi perisikan yang dijalankan oleh British semasa memerintah Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun sehinggalah menjelang kemerdekaan membantu pihak berkuasa khususnya polis dan tentera dalam mendapatkan maklumat sulit dan rahsia kegiatan subservif komunis dan golongan kiri semasa krisis Malayan Union dan zaman Darurat.
Dokumen FCO 141 yang diperolehi dari The National Archives (TNA), Kew, England dan CO 537 dari Arkib Negara Malaysia memperincikan operasi perisikan yang dijalankan oleh British semasa berlangsong kes kecemasan iaitu Malayan Union dan Darurat. Pada waktu inilah munculnya beberapa akta bagi membendung kegiatan subservif terutamanya Akta Hasutan 1948.
Operasi perisikan British sebelum merdeka ini menjadi asas kukuh dalam kegiatan perisikan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sumbangan pegawai British dalam menjaga keselamatan Tanah Melayu amatlah besar dan penting untuk dikaji. Malah penyelidikan mengenai perisikan ini adalah penting untuk dijadikan rujukan bagi membentuk polisi perisikan dan keselamatan negara Malaysia untuk masa ini dan masa hadapan.




[i] Comber, L.  (2008), Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.

[ii] Azaharudin Mohamed Dali. 2014. Sejarah Perisikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[iii] Aldrich, Richard J. 1998. “Britain's Secret Intelligence Service in Asia during the Second World War”. Modern Asian Studies. Vol. 32, No. 1, (Feb., 1998), pp. 179-217.
[iv] Aldrich, Richard J. 2004. “Policing the Past: Official History, Secrecy and British Intelligence since 1945”. English Historical Review. Vol. CXIX No. 483 (Sept. 2004), pp. 922-953.
[v] Hinsley, F. H. et al. 1979. British Intelligence in the Second World War: Its Influence on Strategy and Operation. Vol. 1. London: HMSO.

[vi] Comber, L. Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency.
[vii] Azaharudin Mohamed Dali. Sejarah Perisikan di Malaysia.
[viii] Comber, Leon. 2003. "The Malayan Security Service (1945-1948)." Intelligence and National Security 18, no. 3 (Autumn 2003): 128-153.

[ix] Comber, Leon.  2006. "The Malayan Special Branch on the Malayan-Thai Frontier during the Malayan Emergency (1948-60)." Intelligence and National Security. Vol. 21, No. 1 (Feb. 2006), pp. 77-99.

[x] Comber, Leon.  2008. Malaya’s Secret Police 1945-1960: the Role of the Special Branch in the Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.
[xi] Comber, Leon.  2009. The Origins of the Cold War in Southeast Asia: the case of the Communist Party of Malaya (1948-1960) - a Special Branch Perspective. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies. Vol. 27 Issue 1/2, 2009, pp. 39-60.
[xii] Hack, Karl. "British Intelligence and Counter-Insurgency in the Era of Decolonisation: The Example of Malaya." Intelligence and National Security 14, no. 2 (Summer 1999): 124-155.

[xiii] Hack, Karl. "Corpses, Prisoners of War and Documents: British and Communist Narratives of the Malayan Emergency, and the Dynamics of Intelligence Transformation." Intelligence and National Security, 14, no. 4 (Winter 1999): 211-241.

[xiv] Park Bum-joon Lee. 1965. The British experience of counterinsurgency in Malaya: the emergency, 1948-1960. Thesis (Ph.D.) -- American University.
[xv] Mahmud Embong, 2009. Perkembangan Rejimen ke-10 Melayu, Parti Komunis Malaya dari 1949 hingga 1989. Tesis Ph.D Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[xvi] Mahani Musa. 2013. Women in the Malayan Communist Party, 1942–89. Journal of Southeast Asian Studies. Volume 44, Issue 02 (June 2013), pp. 226-249 dan Mahani Awang, 2014. Women and Warfare in Malaysia and Singapore, 1941-89., Chapters on Asia. Issue 1 (April 2014). pp. 206-230.
[xvii] Mahani Awang, 2010. Women and Warfare in Malaysia and Singapore, 1941-89. BiblioAsia. Vol. 6, Issue 1 (April 2010), pp. 12-18.
[xviii] Hopkins, M.F and R.J. Aldrich. 1991. Intelligence, defence and diplomacy British policy in the post-war world. London: Frank Cass.

[xix] Oong Hak Ching. 1990. Kerjasama British dengan Parti Komunis Malaya dan Kuomintang: kesan-kesannya terhadap dasar-dasar British di Tanah Melayu (1941-45). Jebat. 18, pp. 129-144.
[xx] Stockwell, A.J. 1982. “The White Man's Burden and Brown Humanity: Colonialism and Ethnicity in British Malaya”. Asian Journal of Social Science. Volume 10, Issue 1, pages 44 – 68.
[xxi] Stockwell, A.J. 1984. British imperial policy and decolonization in Malaya, 1942–52, The Journal of Imperial and Commonwealth History, Volume 13, Issue 1.

[xxii] Stockwell, A.J. 2008. “A widespread and longconcocted plot to overthrow government in Malaya'? the origins of the Malayan emergency”. The Journal of Imperial and Commonwealth HistoryVolume 21, Issue 3, pages 66 – 88.

[xxiii] Pfaltzgraff, R.L. 1981. Intelligence policy and national security. London: Macmillan.
[xxiv] Kandiah, Michael, Gillian Staerck, Sumio Hatano, Wang Gungwu, Antony Best & John Salford. 1999.  Asia: Official British Documents 1945-1965 (CD-ROM). London: Routledge.

No comments:

Post a Comment